Thursday, 31 July 2014

Model Terbaru Proton 2014 yang ramai tidak tahu

Proton Global Small Car (GSC) akan dilancarkan dalam masa terdekat?


protongsc

Dengan tersebarnya gambar-gambar spyshot di alam maya yang kemungkinannya model terbaru Proton tahun 2014 iaitu Proton GSC, admin KeretaProton.com terkena juga tempiasnya. Banyak pertanyaan yang kami terima untuk dapatkan pengesahan tentang kesahihan kereta Proton GSC tersebut. Kami di KeretaProton.com tidak dapat mengesahkan pelancaran kereta tersebut selagi belum ada pengumuman atau pelancaran secara rasmi! ;)
Walau bagaimanapun, penganjuran peraduan “NAMA SIAPA HEBAT” oleh Proton boleh menjadi petunjuk awal tentang kereta kompak baru yang bakal dilancarkan! Cuma belum dapat dipastikan adakah model baru yang dimaksudkan benar-benar seperti gambar spyshot di bawah? Mungkin ya! :)
Jadi, sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi dari Proton apabila tiba masanya nanti. Yang pasti, sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan, pasti ia akan menjadi persaingan buat kereta keluaran Perodua! dan semestinya akan menjadi produk terbaik akan dilancarkan...
protongsc2
protongsc3
protongsc4
protongsc5
P/s: Diharap proton dapat mencipta enjin yang lebih jimat minyak seperti PERODUA.

*Follow saya di instagram/twitter saya yerr  :)


INSTAGRAM-----> http://instagram.com/famyzainal


                                        TWITTER------> : https://twitter.com/famy_zainal

Tuesday, 29 July 2014

Ahli kumpulan ONE direction terima ugutan bunuh

Zayn Malik One Direction Terima Ugutan Bunuh Isu ‘Tweet’ Konflik Gaza #FreePalestine


Zayn Malik twit
AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik menerima ugutan bunuh daripada peminatnya yang kecewa terhadap beliau kerana menulis tentang isu klonflik di Gaza di Twitter.
Penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi hastag #FreePalestine (#BebasPalestin) di akaun Twitternya yang mempunyai seramai 13 juta pengikut.
Tweet Zayn Malik diulang tweet (retweet) sehingga 130,000 kali.
Sebaik sahaja dia memuat naik status itu di Twitter, peminat-peminatnya di Israel mula menyerangnya dengan memberitahu dia “kill himself” (bunuh diri anda sendiri) malah terdapat kenyataan berbaur ugutan “Let me kill you.” (Biarkan saya bunuh anda).
Seorang pengikutnya menulis: “Zayn should say what he said I mean if we’re such a terrorists like he said why wouldn’t we kill him for saying that @ zaynmalik.” (Zayn tidak mengatakan apa yang dia katakan, maksud saya jika kita umpama pengganas seperti yang dia katakan, kenapa tidak kita membunuh dia kerana berkata begitu @zaynmalik.)
Manakala yang lain menyatakan bahawa dia akan kehilangan semua peminatnya dari Israel.
Zayn bagaimanapun bukan merupakan selebriti pertama yang dikritik kerana menunjukkan sokongan buat rakyat Palestin. Penyanyi pop, Rihanna turut pernah dikritik kerana menulis #FreePalestine di akaun Twitternya yang diikuti seramai 36.4 juta pengikut, beberapa minggu lalu.
Rihanna turut mengalami nasib yang sama seperti Zayn apabila dikritik kerana mengeluarkan status berkenaan di Twitter.


P/S : Saya follow jugak page2 Israel seperti IDF(Israel Defense Force) dan Jerussalem Post... semua komen dorang(rakyat israel) seperti Israel ni seolah2 macam Malaikat (baik sangat laa).. saya pun tak faham ape yg dorg makan tah sampai otak dorang boleh pikir camtu..huhuu ;)


*Jangan lupa follow instagram/twitter saya yerr  :)


INSTAGRAM-----> http://instagram.com/famyzainal


                                        TWITTER------>https://twitter.com/famy_zainal