Friday, 8 August 2014

Payung Petronas : Kehabisan Stok Dan Resit Tidak Sah ?


            sumber gambar : internet


Baru-baru ini pihak Petronas ada menawarkan kepada pengguna untuk mengisi minyak sebanyak RM200 berpeluang mendapat satu unit payung edisi terhad. Cara yang cukup mudah adalah dengan setiap pengisian minyak RM20 akan diberi satu cop pada borang kecil yang disediakan, sehingga penuh 10 cop bersamaan RM200 berserta resit yang diberi anda boleh mendapatkan payung tersebut.

Peraduan ini yang bermula 20 Julai 2014 hingga 15 September 2014 itu nampaknya mengalami rungutan pengguna yang telah menyertai program tersebut. Jelas sekali ramai yang kecewa dengan jawapan yang diberikan pihak stesen minyak Petronas setiap kali ingin menebus payung tersebut. Rata-rata stesen minyak Petronas mengalami kehabisan stok.. itulah alasan yang diberikan oleh juruwang.

Masalah resit yang diberikan pun menjadi persoalan apabila resit untuk menuntut payung mesti yang "FINAL PAYMENT" walaupun semua dah complete RM200. Resit "PREPAYMENT" atau "COPY RESIT" adalah tidak boleh digunapakai sama sekali. Sebagai pengguna, sebahagian besar kita tidak tahu akan hal ini, mana kita tahu akan rupa resit "FINAL PAYMENT" , "PREPAYMENT" atau "COPY RESIT" .
 
Yg tak tahan tu, saya sanggup pergi cari seberapa banyak stesen minyak tu dari cheras sampai ke ampang, dan cashier bg dengan jawapan yang sama "stok xde la dik!" Memang rasa menyirap juga hati ni yela ari2 isi minyak kt tpt tu.

               iklan "paling berapi"
              Payung oh payung!!


Nak cerita pasal makian? korang direct pegi page official "Petronas Brands" tengok komen2 termasuklah pekerja (tak tahu lah sehari berapa "bakul" kena maki dgn customer yg tak puas hati).

p/s : saya sendiri pun dah terkena, nasib baik dah dapat satu payung hehee.. yg form kedua tu tak 'sompat' nk claim :,(  TAPI dah letak nama kira booking laa kat satu Stesen ( mane tau stok dah ada boleh la ber"HARI RAYA HAJI" dgn payung yg kedua tu ^^ hahahaa) 

*ade sesiapa tak puas berkenaan dengan 'isu payung' ni call Mesra Link
1-800-88-8181  
  

follow INSTAGRAM saya : @famyzainal
&
TWITTER : @famy_zainal

No comments:

Post a Comment