Thursday, 24 September 2015

BORACAY kenapa anda wajib pergi?


https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/fb/Boracay_perfect_day.jpg
Kepulaun Boracay, Adalah satu tempat peranginan  yang wajib dikunjungi oleh anda dan pelancong dari seluruh dunia. ini disebabkan oleh pantainya yang bersih,  airnya yang jernih kebiruan! Pulau Boracay adalah satu tempat pulau peranginan yang kecil yg terletak lebih kurang 300 km dari selatan Manila dan dalam wilayah Aklan.
 Kalau dulu nak pergi pulau ini dengan Air Asia kena turun dulu (transit) di airport Clark. sekarang tidak lagi korang boleh book tiket direct flight terus ke Kalibo dan mengambil masa selama 3 jam 30  minit.


Ok dipendekkan cerita saya pergi 3+1 bermaksud 3 dewasa 1 baby (infant) nama nya Haiqal Faliq ( haha nak jugak mention nama anak)
selfie dulu...huhuh
acah2 backpackers huhu
nampak tak keriangan kat muka kami tuh huhu :0
Kami booking flight "pre book meal" maknanya  ada meal disediakn didalam flight, Maklumlah masa penerbangan lebih dari 3jam. Yela bila dah sampai nanti,bkn terus boleh makan.. kedai halal susah nak cari.

Si wife dengan makeupnya huhuuu
Sibuk nak selfie jugak haha
si Faliq plak sibuk melayan mat saleh dalam flight tu...
Reaksi aku bila sampai tengok pantai dorang dari atas flight (tak boleh blah kan)? )

 Ok sampai Kalibo korang jangan risau tentang teksi or public transport coz kat sana memang dorg berebut akan panggil korang.dari kalibo kami naik bas dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai Boracay Island tuh..jadi perjalanan yg perlu diambil kira, (KL-Kalibo-Aklan Jetty-Boracay) Jadi kalau nak pg tu,make sure spent satu hari untuk perjalanan sahaja ok.

ada juga options lain utk sampai ke sana, blh ambik transit flight ke manila dan terus ke caticlan airport atau Kalibo airport.

dah sampai Philippines tu pandai2 la tukar duit awal2 ye... kalau dah sampai kat pulau,takde duit kecik,,paham2 la.. sbb diorg ni jenis tak reti bagi baki, yela,mane diorg tau halal haram ye dak..
sekali lagi sy pesan,tukar duit kecik siap2 okay.tapi  bukan semua mcm tu..
suka la tuu....huhuhuu
Alhamdulillah selamat landing...
 Dan sampai sampai kalibo terus naik bas dan terus ke Boracay. Masa perjalan naik bas tu lebih kurang 2 jam. Untuk hotel saya ambil hotel biasa..tau kenapa biasa? hotel yg saya duduk tu berada betul2 di tengah2 kepulaun tu di area station 2 (  atau namanya D' Talipapa ) ..station 2 tu tempat tu paling happening dan strategik untuk brjalan ke pantai white beach or pekan 2 minit je jalan kaki.


Restaurant Halal

Kami sampai sana agak malam jugak dan aktiviti kami pada malam tu iaitu makan n jalan di sekitar white beach dan makan malam di D' Talipapa. kat d\D'talipapa ni ni ada pasar jual macam2 makan laut udang, ikan, lobster dan banyak lagi yang korang tak pernah tengok. Kat sini korang boleh pilih sendiri makann ape yg korang nak dan boleh nego harga kalau pandai "pusing cerita" dapat la murah..




wet maket
wife tengah discuz harga tuh...

lobster
sekali tengok cam mentarang

tak tau la ape name siput ni

makan time, upah masak,kedai ni tukang masak org silam,etnik midanao. (katanya,Insyallah..halal..jgn waswas ye)
Aktiviti kami di sekitar Boracay tu :

keesokkan harinya (inilah masa yg ditunggu2 huhuh...aktiviti laut kami bermula disini. oleh sebb Faliktu tak boleh ikut sangat mainan laut kam, dia teman tokmama  dia atas bot.


Snorkeling aktiviti gambar..
Daro Boracay bot akan bawak korang sampai ke spot/point yang ada banyak Coral ( batu karang ) kat sini driver boat akan tunggu korang selama lebih kurang 1 jam.korang tengok coral n ikan tu puas2 jangan berenang jauh2 sangat dari boat tu takut sebarang kemungkinan yg berlaku kecuali korang pandai berenang.
visual kurang menarik ..r


me n wife
 ok kat tengah laut ni korang jangan terkejut plak tetiba brader ni jual air kelapa kat korang harga 3 biji 100peso kira ok la tu, aku pun bli 3 biji (3 rm 10)

hahah jadi penjual kelapa tolong brader ni..


Crystal coves
haa... lepas snorkeling tu tadi , lah tempat paling wajib anda pergi sebab    permandangan yang menakjubkan!!!
cantik tak?
ala2 Santorini...
faliq bukan nak pandang camera aduiyai :(
faliq berposing...:0
indahnya ciptaan Allah
                                    
selfie jap kat tebing tinggi ni...yg saya pijak tu batu karang mati agak tajam..
Video di cristal coves
perjalan ke cristal coves
dalam coves tu
wife pun berani air tak dalam...
Add caption
                                    

TRANSPORT
Ok, pengangkutan utama kat sini adalah tricycle, kalau kat malaysia ni lebih kurang cam beca jugak... fyi, kat sini memang x bnyak kereta persendirian coz traffic kat sini agak sesak..kalau korang nak jalan2, amikla sejam or dua jam.. harga anggaran 150 ke 300 peso per hour.
lebih kurang rm15 ke rm30 sejam, one way dalam rm6 je.. kalau tmpat yg susah ade trycycle,mintak diorg tggu...kalau ade, balik tu tahan je tepi jalan,

tricycle motor
 
sori seksi sikit huhuhuu

tricycle basikal (selalu untuk pjalan yg dekat2)



ZIPLINE
Sampai di boracay kami amik TRICYCLE untuk pergi main #zipline di MOUNT LOHO.
Nak main zipline ni kena berani siapa yang takut gayat jangan main sebab sekiranya anda sudah buat pembayaran dan tetiba korang x berani untuk main, duit korang TIDAK AKAN DIPULANGKAN dan di anggap BURN!!
Oleh sebab kami x berapa berani sangat yg tinggi kami amik yg rendah .huhuhu harga untuk main zipline ni 1000peso (rm90) harga tak menentu akan naik bila weekend ..

wife kata,nak gugur jantung dia..hihi

yehaa zipline cantik x??ada bran?








                                   
lepas main zipline ada satu cage yag akan bawak korang balik ke menara asal...hemmm kenal x kat sebelah saya tu siapa?huhuhu...@hafizsuip  boleh pulak  terjumpa dia disana rezeki saya..


PARASAILING
Ok lepas balik dari main zipline tu kami terus pulang ke Boracay balik untuk main Parasailing. Harga untuk parasailing ni ni adalah 2500 peso (untuk 2 orang) bermaksud lepas convert jadi rm250. syok jugak dapat bergambar dan ambil gambar diatas sana ambil menikmati udara laut yang nyaman. Lihat gambar dibawah
1st angle
2nd angle
3rd angle

video kami (sori visual kurang menarik)

Sebenarnya banyak lagi permainan yg boleh anda main seperti drive ATV sendiri , , flying fish, menunggang kuda, banana boat, Flying fox , Helmet Diving, Cliff Jumpe D Ariel Point (memang nak pergi tapi sayang tutup sebab bad weather ;(   hemmm  dan banyak lagi....

Ok akhirnya kami pulang semula ke White Beach dimana hotel kami disana ( di station 2 berdekatan dengan D'Talipapa. Dan antara gambar2 dan sikit video dari kami sana...jom tengok jommm...

love this moment
si faliq
air jernih. mcm pulau rawa kat Johor tu
                                      
ronda2 laut

Tambisaan Jetty, mintak Trycycle bawak kesana.
                                     
Tambisan jetty...

Diniwid Beach
                                  
diniwid cafe..harga pun ok...korang beli air dan duk lepak kat bawah payung dorg..

di hadapan Diniwad cafe tadi..

jernih tak airnya?


Puka Beach
                                   




Dan akhir kata dari kami....kunjungilah Boracay !!! inilah masanya untuk korang brkongsi segala moment yang menarik di sana dengan rakan2 anda!
Ops! saksikan full selfie video kami disan...jom2..


Follow saya di instagram : @ F A M Y Z A I N A L

tags: najib razak mh370 mh17 alhamdulillah cimb maybank eco hill tv3 27 bilion kucing kucing comel azalina waze instagram tweeter google googleplus serpihan peniupuan mh370 nyx nyx murah nyx original instant shawl undertaker jualan borong?wholesale??ready stock?preorder?SUSAH NAK DAPAT?nyx kuala lumpur?antwerp , smlc malaysia, SNCCOLLECTION, MH370, NYX MALAYSIA, NYX COSMETICS SEPHORA KUALA LUMPUR, NYX MUDAH.COM SEPHORA INSTAGRAM SEPHORA KUALA LUMPUR nyx nyx nyxinstagram amranfans amran fans siakap keli penmerah.com oh media instagram facebook log in wwf ytl irfan khairi jlo undertaker tmpat menarik dimalaysia indonesia boracay boracay murah boracayhalal boracay halal melonta jemaah haji mati obama wwf gopro goprooftheday gopro silver gopro black
hero4 gshock hp computer it cyber hero 4 session putrajaya










































No comments:

Post a Comment