MIAMI – Alangkah terkejut bukan kepalang seorang isteri di Amerika Syarikat (AS) apabila akhirnya mendapat tahu bahawa lelaki yang dicintai dan dikahwini rupa-rupanya ialah datuknya sendiri.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 24 tahun yang enggan nama suami dan juga dirinya didedahkan. Dia berkahwin dengan seorang lelaki jutawan berusia 68 tahun dan menetap di Golden Beach Miami, Florida.
Malangnya selepas tiga bulan kemudian, baharulah pasangan pengantin baharu tersebut dikejutkan dengan hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah datuk dan cucu, lapor laman berita tempatan terkenal Metro.
Mereka hanya dapat tahu tentang hubungan kekeluargaan itu masa sedang membelek-belek album gambar keluarga lelaki jutawan tersebut dan wanita berkenaan ternampak gambar bapanya iaitu anak kepada suaminya itu.
Lelaki jutawan itu asalnya terpisah dengan anak-anak setelah ditinggalkan oleh bekas isteri pertamanya. Dia kemudian berkahwin kali kedua dan mempunyai beberapa orang anak lagi, namun bercerai lagi pada tahun 2009.
Nasibnya berubah setelah menang besar dalam satu perjudian. Dengan wang jutaan dolar itu, kehidupannya tambah baik dan kebetulan bertemu cucunya itu menerusi satu laman khas bagi lelaki warga tua yang ingin mencari cinta.
Lelaki itu memberitahu akhbar Florida Sun Post: “Laman padanan itu mengandungi profil-profil ramai wanita muda dan menarik. Saya berasa sesuatu yang agak aneh apabila melihat gambar dia (cucunya itu).”
“Ia seperti deja vu, namun pada masa itu saya tidak dapat pastikan mengapa dia seperti pernah saya lihat. Kami serasi sejak dari mula dia memasuki restoran (di mana mereka bertemu buat pertama kali),” tambah lelaki itu.
Sepanjang jalin hubungan, mereka cuma bincang secara ringkas tentang keluarga, malah wanita itu diusir keluar oleh bapanya (anak suaminya) kerana hamil – dan kemudian bersetuju menetap di rumah lelaki jutawan itu.
Wanita tersebut berkata: “Apabila saya melihat gambar bapa saya ada dalam album tersebut, saya berasa terlalu sedih.” Meskipun begitu, pasangan datuk-cucu itu dilaporkan media tampaknya mungkin tidak akan berpisah.
“Saya sudah bercerai sebanyak dua kali dan saya akan pastikan saya tidak akan bercerai buat kali ketiga,” kata lelaki jutawan itu pula tanpa menghiraukan perkahwinan pelik tersebut sebagai inses atau kes sumbang mahram.
“Hubungan kami bahkan begitu kuat sehingga mungkin perkara sedemikian tidak akan membuatkan kami putus asa,” tambah wanita tersebut terhadap suaminya (atau datuknya itu)
Follow saya di instagram : @ F A M Y Z A I N A L |
tags: najib razak mh370 mh17 alhamdulillah cimb maybank eco hill tv3 27 bilion kucing kucing comel azalina waze instagram tweeter google googleplus serpihan peniupuan mh370 nyx nyx murah nyx original instant shawl undertaker jualan borong?wholesale??ready stock?preorder?SUSAH NAK DAPAT?nyx kuala lumpur?antwerp , smlc malaysia, SNCCOLLECTION, MH370, NYX MALAYSIA, NYX COSMETICS SEPHORA KUALA LUMPUR, NYX MUDAH.COM SEPHORA INSTAGRAM SEPHORA KUALA LUMPUR nyx nyx nyxinstagram amranfans amran fans siakap keli penmerah.com oh media instagram facebook log in wwf ytl irfan khairi jlo undertaker tmpat menarik dimalaysia indonesia boracay boracay murah boracayhalal boracay halal melonta jemaah haji mati obama wwf gopro goprooftheday gopro silver gopro black
hero4 gshock hp computer it cyber hero 4 session putrajaya mua johor mua cheras gopro gopro hero 4 silver gopor hero 4 black lenovo budak hoilang low yat igp polis keterangan bidak hilang siakap keli penmerah.com
hero4 gshock hp computer it cyber hero 4 session putrajaya mua johor mua cheras gopro gopro hero 4 silver gopor hero 4 black lenovo budak hoilang low yat igp polis keterangan bidak hilang siakap keli penmerah.com
No comments:
Post a Comment