Thursday, 6 August 2015

Isteri Gementar Selepas Anak Call Saya Cakap Jabatan Peguam Negara Sedang Siapkan Kertas Siasatan Untuk Tangkap Saya


Pelbagai versi dan cerita terdampar keluar dari perut bumi malaysia sejak berlakunya ketidakpercayaan rakyat terhadap NAJIB RAZAK . Selepas 1mdb , sarawak report , kemudian rombakan kabinet dan sekarang beralih ke mh370 . Semoga Allah lindungi kita semua .


Sebaik sahaja digugurkan daripada Kabinet, ahli keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang kemungkinan bekas timbalan perdana menteri itu akan ditangkap atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan.


Bercakap dihadapan perwakilan Umno Bahagian Kluang, Muhyiddin menceritakan mengenai ‘drama’ antara beliau dan anaknya pada malam selepas digugurkan pada Selasa lalu memetik Mstar.


Lebih melucukan, Muhyiddin berkata ‘drama’ berkenaan turut membabitkan penggantinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berperanan meredakan keadaan.


“Saya nak cerita sikit sebelum nak balik ke rumah (pada Selasa), saya ditelefon oleh anak saya beritahu jangan balik dulu. Saya tanya kenapa? Dia kata dah ramai reporter tunggu depan rumah.


“Saya tanya lagi mengapa? Dia kata Jabatan Peguam Negara sedang menyiapkan kertas (siasatan) untuk tangkap ayah. Isteri saya dah gementar.


“Tapi saya balik juga, dipesan supaya guna pintu belakang. Kemudian dipesan jangan keluar dulu dari kereta, bila gate dah tutup…orang luar tak nampak baru keluar.


“Saya ikut apa yang anak saya nasihat…sampai pakai kasut masuk dalam rumah,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan yang hadir di Kompleks Pekan Rabu di sini.


Muhyiddin berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kluang pada Ahad.


Persidangan bahagian itu merupakan yang pertama dirasmikan Muhyiddin selepas beliau digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.


Bercerita lanjut, Muhyiddin berkata ‘drama’ berkenaan ditamatkan selepas berita kononnya beliau akan ditangkap dinafikan oleh Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri.


“Atas nasihat, saya cuba berhubung dengan timbalan perdana menteri baharu. Saya tanya benarkah saya ini nak ditangkap? Nak hukum saya? Apa kesalahan saya?


“Dia kata no…i don’t think so. Saya tak percaya…kata Datuk Zahid. Saya katakan (kepada Ahmad Zahid) takkan selepas menjadi timbalan perdana menteri, tugas pertama you nak tangkap TPM sebelum you?


“Dia kata no…no. “Namun saya minta dia tolong check. Kemudian dalam lebih kurang 15 minit dia telefon dan beritahu…Tan Sri, you boleh tidur lena. Dia kata ini mungkin khabar angin,” katanya.




Follow instagram saya www.instagram.com/famyzainal




tags: najib razak mh370 mh17 alhamdulillah cimb maybank eco hill tv3 27 bilion kucing kucing comel azalina waze instagram tweeter google googleplus serpihan peniupuan mh370 nyx nyx murah nyx original instant shawl undertaker 



No comments:

Post a Comment