Sunday, 9 August 2015

Kisah Mat Rempit Yang Telah Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan . Allah Segala Pemilik


Nota penulis : .Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In Shaa Allah…Kisah ini diceritakan semula bagi memberikan pengajaran buat kita semua . Insan terpilih untuk merasa mati sekejap ialah Dawawi dari Perak


Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuhmencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..




Follow saya di instagram : @ F A M Y Z A I N A L

tags: najib razak mh370 mh17 alhamdulillah cimb maybank eco hill tv3 27 bilion kucing kucing comel azalina waze instagram tweeter google googleplus serpihan peniupuan mh370 nyx nyx murah nyx original instant shawl undertaker jualan borong?wholesale??ready stock?preorder?SUSAH NAK DAPAT?nyx kuala lumpur?antwerp , smlc malaysia, SNCCOLLECTION, MH370, NYX MALAYSIA, NYX COSMETICS SEPHORA KUALA LUMPUR, NYX MUDAH.COM SEPHORA INSTAGRAM SEPHORA KUALA LUMPUR nyx nyx nyxinstagram




No comments:

Post a Comment