Thursday, 13 August 2015

MCA, Teresa Kok Tak Setuju Idea Ismail Sabri Wujud Low Yat 2





SEMALAM, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan cadangan pembinaan sebuah pusat beli-belah barangan gajet dan komunikasi iras Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Melihat dari sudut positif, pusat perniagaan yang cuma memfokuskan kepada para penjual Melayu itu bakal memberi saingan sihat kepada tempat jualan lain, malah kelebihan pastinya bakal diperolehi pengguna yang akan mendapat lebih banyak pilihan dan variasi harga.

Ismail Sabri Cadang Buka Low Yat 2, Khusus Untuk Peniaga Melayu

Ismail-Sabri-11
Namun, parti komponen Barisan Nasional (BN), iaitu MCA menyifatkan cadangan tersebut sebagai membimbangkan.
Menurut Naib Presidennya, Datin Chew Mei Fun, pergaduhan antara pelanggan Melayu dan peniaga Cina pada 11 Julai lalu sebelum disusuli dengan protes sehari selepas itu, tidak harus dijadikan sebab kepada pembinaan pusat berkenaan.
Memetik kenyataannya seperti dilaporkan Astro Awani, “Adalah menyedihkan apabila Menteri terbabit memilih untuk mengikut rentak media sosial dan mengenepikan hakikat yang insiden (rusuhan) itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman.
c0cf
“Untuk itu kenyataan beliau itu memperlihatkan sama ada beliau menutup mata, atau gagal untuk memahami situasi negara yang terdiri dari pelbagai kaum.”
Selain itu, Chew turut menggambarkan tindakan Ismail seolah-olah bersetuju dengan segelintir penyebar fitnah di media sosial yang sering membangkitkan isu perkauman, lantas ia boleh menyebabkan situasi tersebut benar-benar berlaku.


“Sebagai anggota Kabinet, adalah tanggung jawab Ismail untuk memperjuangkan perpaduan kaum dan bukannya memecah belahkan lagi.
“Apabila pasaran dibenarkan untuk mendiskriminasi sesuatu kaum, ia ibarat (pemerintahan) apartheid.”
TERESA_KOK_PRESS_CONFERECE_231114_TMIZHAFRI_05
Nada sama dilaungkan pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok apabila berkata, cadangan itu memperlihatkan tindakan segregasi ataupun pemisahan kaum secara jelas.
Lantas, ia sekaligus berlawanan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia di bawah semangat 1Malaysia.
“Adakah dia akan mewujudkan Plaza 3 untuk masyarakat India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 3 untuk KDM (Kadazan Dusun Murut) dan Low Yat 6 untuk Orang Asli?”
Menggelarkan idea tersebut sebagai mengarut dan melampau, Teresa mencadangkan agar Ismail disingkirkan daripada kabinet kerana keputusan yang bercanggah daripada Najib.




Follow saya di instagram : @ F A M Y Z A I N A L

tags: najib razak mh370 mh17 alhamdulillah cimb maybank eco hill tv3 27 bilion kucing kucing comel azalina waze instagram tweeter google googleplus serpihan peniupuan mh370 nyx nyx murah nyx original instant shawl undertaker jualan borong?wholesale??ready stock?preorder?SUSAH NAK DAPAT?nyx kuala lumpur?antwerp , smlc malaysia, SNCCOLLECTION, MH370, NYX MALAYSIA, NYX COSMETICS SEPHORA KUALA LUMPUR, NYX MUDAH.COM SEPHORA INSTAGRAM SEPHORA KUALA LUMPUR nyx nyx nyxinstagram amranfans amran fans siakap keli penmerah.com oh media instagram facebook log in wwf ytl irfan khairi jlo undertaker tmpat menarik dimalaysia indonesia



No comments:

Post a Comment