Thursday, 13 August 2015

Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tiada Pilihan Kecuali ‘Ikat Perut’








PETALING JAYA – Ramai pelajar yang belajar di luar negara tiada pilihan melainkan ‘ikat perut’ bagi berdepan kemerosotan nilai ringgit.
Pelajar di Universiti of California, San Diego Nicholas Yee berkata dia telah membuat persiapan untuk belajar di luar negara dan kini sudah terlambat baginya untuk menarik diri.
“Saya perlu lebih berhati-hati dengan perbelanjaan saya. Saya juga akan bekerja di kampus,” kata pelajar tahun pertama ini yang akan terbang ke Amerika Syarikat bulan depan.
Seorang lagi pelajar, Ang Jer Weanne, berkata dia akan lebih kerap memasak kerana makan di luar akan menelan kos lebih banyak.
“Saya mempunyai biasiswa penuh jadi ia tidaklah begitu teruk tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan lain.
“Dari segi penginapan, saya tidak mempunyai pilihan kerana saya telah menandatangani perjanjian penyewaan. Ia akan menjadi lebih mahal,” kata pelajar yang sedang menuntut di University of Wisconsin.
Pelajar kejuruteraan komputer Arunan Balakrishnan, yang kini memasuki tahun ketiga di sebuah universiti di Buffalo, Amerika Syarikat, berkata dia perlu membayar RM44,000 bagi setiap semester kerana penurunan ringgit.
“Apabila saya meninggalkan negara ini pada tahun 2013, kadarnya adalah 3.15, jadi ia satu peningkatan yang agak ketara.
“Lebih teruk lagi, yuran saya sebanyak AS$10,000 hingga AS$15,000 bagi setiap semester, akan meningkat sehingga saya menamatkan pengajian saya,” kata pelajar berusia 26 tahun ini.
Arunan berkata sebagai tambahan kepada bayaran, perjalanan pulang dari Amerika Syarikat akan menelan kos lebih RM1,500 sehala sekarang.
Pelajar journalism, Punithavathy Muthukumar berkata dia kini perlu berkira-kira termasuklah untuk keluar malam dengan kawan-kawan.
“Dengan kadar pertukaran semasa, ia hanya membuatkan saya merasa tidak selesa setiap kali rakan mengajak saya keluar minum,” katanya yang menuntut di Universiti of Sunderland, United Kingdom.
Pelajar perubatan Surenthiran Krishnamoorthy, 23, berkata, adalah mudah untuk mengurangkan makanan dan membeli-belah tetapi perkara-perkara tertentu adalah suatu kemestian, seperti yuran asrama, perbelanjaan perjalanan dan buku-buku.
Beliau berkata, walaupun dia belajar perubatan di Rusia, yurannya dibayar dalam dolar AS, sambil menambah ia menelan belanja AS$6,500 setahun.
“Tahun lepas, kadar pertukaran adalah RM2.80. Kini RM3.97. Ia tidak masuk akal,” katanya.
Katanya, dia bernasib baik kerana perniagaan logistik bapanya menunjukkan prestasi yang baik tetapi akan cuba mencari jalan untuk menangani kos sara hidup di Rusia.


Follow saya di instagram : @ F A M Y Z A I N A L


tags: najib razak mh370 mh17 alhamdulillah cimb maybank eco hill tv3 27 bilion kucing kucing comel azalina waze instagram tweeter google googleplus serpihan peniupuan mh370 nyx nyx murah nyx original instant shawl undertaker jualan borong?wholesale??ready stock?preorder?SUSAH NAK DAPAT?nyx kuala lumpur?antwerp , smlc malaysia, SNCCOLLECTION, MH370, NYX MALAYSIA, NYX COSMETICS SEPHORA KUALA LUMPUR, NYX MUDAH.COM SEPHORA INSTAGRAM SEPHORA KUALA LUMPUR nyx nyx nyxinstagram amranfans amran fans siakap keli penmerah.com oh media instagram facebook log in wwf ytl irfan khairi jlo undertaker tmpat menarik dimalaysia indonesia

No comments:

Post a Comment