Bilangan mereka tidak ramai.
Hanya beberapa juta sahaja di dalam dunia.
Sejak zaman-berzaman, mereka sering dicemuh, diperangi dan
dipulaukan kerana perangai dan tingkah laku mereka.
Namun, itu tidak menjadikan mereka tercicir dalam kelompok
hidup manusia lain. Malah, mereka sendiri yang menguasai orang lain. Daripada
filem-filem blockbuster Hollywood, politik dunia hingga ke sistem perbankan
dunia, semuanya adalah kepunyaan mereka.
Bagaimana mereka melakukannya? Apa yang bagus sangat dengan
Yahudi ini? Kenapa Allah berikan semua keistimewaan kepada Yahudi?
Sebelum anda membuat pelbagai andaian dan sentimen kebencian
terhadap Yahudi, anda perlu tahu yang rahsia orang Yahudi ini sebenarnya ada
pada kita, namun akibat mainan media dan penipuan orang Yahudi, kita alpa dan
mengabaikan rahsia ini.
Anda nak tahu apakah rahsianya? Nak tahu bagaimana nak
membentuk anak yang bijak dan beriman? Ia bermula sebelum pertemuan di antara
si ibu dan si ayah lagi.
1. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Lazimnya orang Yahudi mementingkan keturunan kerana mereka
tahu bahawa jika si ibu dan si bapa adalah bijak pandai, maka anak-anak mereka
pun begitu juga. Suku kaum Ashkenazi Yahudi yang tinggal di Eropah Timur pada
zaman dahulu amat memilih siapa bakal menantu kepada anaknya untuk memastikan
keturunannya adalah bijak dan mempunyai I.Q yang tinggi.
Terdapat satu ungkapan di dalam kitab Talmud yang mengatakan
‘Seorang lelaki patut menjual seluruh hartanya supaya dia dapat berkahwin
dengan anak perempuan seorang alim, sama juga jika mahu mengahwinkan anak
perempuannya dengan seorang alim’. Ini menunjukkan bahawa orang Yahudi amat
memandang tinggi golongan bijak pandai di kalangan mereka.
Pada zaman Rasulullah S.A.W sekalipun, kita mengetahui
bahawa sebilangan golongan Yahudi yang tinggal di Madinah adalah golongan ahli
agama yang bijak, atau lebih dikenali sebagai Ahli Kitab. Sebab itulah banyak
surah-surah di dalam al-Quran yang banyak ditujukan kepada golongan Ahli Kitab
ini kerana mereka sememangnya faham tentang ilmu bahasa dan kesusasteraan.
Apa yang anda boleh pelajari?
Apa yang anda wariskan kepada anak anda adalah hasil
daripada apa yang anda selalu lakukan. Jika anda seorang usahawan yang gigih
bekerja, lambat laun anak anak mungkin akan mengikuti jejak langkah anda hasil
dari tarbiyah dan pemerhatian. Jika anda seorang guru yang berkaliber, tidak
mustahil anak juga akan menjadi guru juga.
Walaupun faktor genetik memainkan peranan penting terhadap
perkembangan intelek anak, namun faktor persekitaran juga mempengaruhi ‘apa
yang anak anda akan jadi’ nanti.
2. Ini yang mereka buat bila si ibu mengandung…
Jangan terkejut jika anda melihat keadaan ini apabila si ibu
sedang hamil. Menurut Dr Stephen Carr Leon yang membuat pengamatan ini semasa
beliau berada di Israel, mendapati si ibu akan menyanyi dan bermain piano
manakala si bapa pula akan menghadap buku matematik bersama-sama dengan si ibu
menyelesaikan masalah matematik yang rumit!
Rasional kepada kecenderungan ini adalah orang Yahudi
mahukan anak-anak mereka menjadi genius samada di dalam akademik, muzik dan
sebagainya. Hobi secara tiba-tiba si ibu dan bapa ini akan merangsang sel-sel
otak bayi untuk menerima saranan yang diingini oleh ibu dan bapa.
Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang kesan muzik
yang boleh meningkatkan IQ bayi di dalam kandungan, muzik klasikal boleh
memberikan kesan positif terhadap perkembangan awal bayi.
Saintis terkenal, Albert Einstein datang dari keluarga yang
meminati sains. Ibu dan ayahnya sering memberikannya buku-buku sains ketika
beliau masih kecil.
Sememangnya, orang-orang Yahudi tahu kesan pendidikan awal
terhadap anak-anak mereka, walaupun masih dalam rahim ibu lagi.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anda tidak perlu meletakkan headfon pada perut anda supaya
bayi di dalam kandungan anda. Cukup hanya dengan membaca al-Quran
sekurang-kurangnya seusai solat fardhu boleh memberikan kesan yang baik untuk
perkembangan otak dan rohani bayi.
Baca surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah,
Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan
doa-doa daripada Rasulullah S.A.W. untukkebaikan anda dan bayi di dalam
kandungan serta mendapat perlindungan dan pahala daripada Allah S.W.T
Jika anda inginkan anak yang genius, cuba pelajari sesuatu
yang baru seperti belajar bermain Sudoku, permainan silang kata atau apa sahaja
permainan yang memerlukan kemahiran berfikir dan penaakulan. Kalau tidak minat
sekalipun, sekurang-kurangnya anda lakukan sesuatu yang bermanfaat dan positif
kerana ia akan mempengaruhi anak anda nanti.
3. Jaga pemakanan
Makanan yang masuk ke dalam perut bukan hanya untuk
mengenyangkan, tapi untuk membentuk tubuh badan yang sihat dan cerdas.
Orang-orang Yahudi mengambil berat hal ini sejak anak-anak masih kecil lagi.
Mereka tahu bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dan cergas, sel-sel
otak perlu sering berhubung dan cekap.
Pemilihan menu semasa makan juga dijaga. Ikan tidak akan
dihidang bersama dengan daging kerana menurut mereka, makanan laut dan makanan
darat tidak boleh dimakan bersama kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Buah-buahan juga tidak dimakan selepas makan hidangan utama, tetapi dimakan
sebelum itu.
Untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan memberikan pil
minyak ikan, kacang badam dan madu.
Apa yang anda boleh pelajari?
Tidak dapat dinafikan, orang Yahudi memang sudah mengamalkan
apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu. Mungkin
mereka tahu tetapi tidak mahu orang Islam tahu.
Makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, buah delima,
kurma, habbatus sauda dan buah zaitun memang ada khasiat dan keberkatannya.
Sekarang ramai usahawan Muslim yang mengeluarkan produk-produk ini. Ada yang
dipakej dalam bentuk makanan danminuman. Sokonglah mereka.
Anak-anak sememangnya memerlukan makanan-makanan baik. Jadi,
jangan biarkan perut mereka diisi dengan makanan yang tidak berkhasiat,
mengandungi karbonat yang tinggi, banyak asid, pewarna tiruan dan lemak yang
tidak menyihatkan.
4. Sains, matematik dan perniagaan
Matapelajaran Matematik dan perniagaan diberikan perhatian
utama. Bagi anak-anak yang belajar di sekolah rendah, mereka akan didedahkan
dengan aspek pengiraan sejak kecil lagi. Dibantu dengan pemakanan yang sihat dan
aktiviti kurikulum seperti memanah, dan menembak, ia tidak menjadi masalah
kepada anak-anak orang Yahudi mempunyai minda yang tajam dan boleh mencapai IQ
yang tinggi dalam masa yang singkat.
Semasa berada di sekolah tinggi, pelajar-pelajar akan
digalakkan untuk terlibat di dalam sains dan rekacipta. Sekolah mewajibkan
setiap pelajar untuk menghasilkan satu produk yang boleh memperbaiki kehidupan
orang-orang Yahudi. Jika mereka berjaya dan menghasilkan ciptaan yang
berpotensi tinggi, idea tersebut akan dibawa ke institusi yang lebih tinggi
iaitu universiti.
Di universiti pula, perniagaan dipandang serius terutama
pelajar di dalam jurusan perniagaan. Kerja kursus yang diberikan mungkin agak
sama seperti universiti-universiti lain di dunia – buat satu perniagaan dan
hasilkan keuntungan.
Tapi yang hebatnya adalah pelajar hanya akan diberi lulus
sekiranya kumpulan projek itu dapat membuat keuntungan sebanyak 1 juta dolar!
Agak memeranjatkan bagi kita tetapi bagi mereka, ia adalah perkara biasa. Tidak
mustahil ekonomi dunia ini dipegang oleh mereka.
Apa yang anda boleh pelajari?
Anak anda belajar di sekolah yang sama dengan rakan-rakan
sebayanya, dengan matapelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Namun, tahap
intelek berbeza-beza.
Anda mungkin tidak boleh mengubah corak pendidikan negara
tetapi anda boleh mengubah cara anda memberikan pendidikan kepada anak anda
semasa berada di rumah.
Dedahkan anak-anak dengan membaca buku seawal usia yang
mungkin. Ajar mereka tentang asas-asas agama, al-Quran dan adab. Ikuti saranan
Nabi S.A.W untuk mendidik anak:
“Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh
tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia
10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Cungkil bakat dan kebolehan anak samada di dalam bidang
akademik atau sukan. Beri sokongan dan galakan. Sudah pasti anak-anak mempunyai
kecerdasan tertentu.
5. Rohani juga perlu dijaga
aku tengok ontah hape die buat...x paham aku |
Walaupun ada di kalangan orang Yahudi yang berfahaman
sekular dan tidak mementingkan agama, namun ada di kalangan mereka yang masih
berpegang dengan ajaran agama.
Orang Yahudi Ortodok masih mengekalkan adat resam dan
peraturan agama Judaism yang dianuti. Mereka berpendapat bahawa agama penting
di dalam kehidupan dan dengan menjalankan ibadah, seseorang dapat mengubah
dirinya.
Anak-anak dididik dengan pendidikan agama supaya mereka
mampu menjadi orang Yahudi yang berguna kepada bangsanya nanti.
Apa yang anda boleh pelajari?
Pendidikan agama sememangnya penting untuk anak-anak. Dengan
keadaan zaman yang penuh pancaroba ini, hanya kekuatan rohani sahaja yang mampu
menangkis segala macam fitnah dan cubaan dunia.
Dekatkan anak-anak dengan al-Quran. Latih mereka supaya
mereka boleh membaca al-Quran, memahami maknanya dan menghafalnya.
Jika anda tidak dapat menghantar anak anda ke sekolah
pondok, cukup sahaja dengan didikan dan pengawasan anda. Anda boleh membentuk
sahsiah dan keperibadian anak anda jika anda melakukannya ketika mereka masih kecil.
Inilah resepi mendapatkan anak yang bijak dan soleh.
yang aku tak tahan dengan ayam2 sekali die "babit" kan tu....
*sumber pic: internet
yang aku tak tahan dengan ayam2 sekali die "babit" kan tu.... *sumber pic: internet |
No comments:
Post a Comment