Sunday, 12 January 2014

Kelebihan Ubat Gigi Selain Memutihkan Gigi (KOLGET/DARLING)

Kelebihan Ubat Gigi Selain Memutihkan Gigi (KOLGET/DARLING)

Kelebihan ubat gigi selain dari memutihkan gigi. Sebenarnya banyak benda yang kita boleh buat dengan ubat gigi selain mengosok gigi setiap hari. Teringat masa di asrama, petang² biasalah aktiviti harian budak lelaki main bola tak boleh sepak bola..sepak tiang gol pun jadi. Hi bila dah main badan berpeluh memang bagus tuk kesihatan tapi yang muka berminyak ni yang kureng bagus skit. Nak beli pencuci muka takde duit sebagai ganti pencuci muka ubat gigi "KOLGET" yang jadi penganti sebagai pencuci muka..haha lihat sampai hari ni si jerawat tak berani nak menyinggah kat muka..haha



  • Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

  • Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

  • Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Kemudian mencucinya di kesokkan pagi.

  • Boleh dijadikan sebagai pengilat kuku

  • Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

  • Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

  • Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat dengan ubat gigi sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

  • Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

  • Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

  • Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

  • Hilangkan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

  • Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

  • Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

  • Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

  • Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
  • Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

*nampak tak engkorang DAPAT BANYAK BONUS kalau beli satu koget tu????HAHAHAA


*Jangan lupa follow instagram saya yerr  :)

klik link-----> http://instagram.com/famyzainal

No comments:

Post a Comment