Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10 pagi tadi. Permandu kereta Ferrari tersebut iaitu seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.
Dipercayai lelaki itu sedang berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain dalam perjalanan menghala ke Seremban, sebelum bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.
Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kereta Ferrari itu dalam tempoh beberapa minit. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
P/S: highway yang biasa saya guna time pegi balik keje, tu je nak gtau hehe
klik link-----> http://instagram.com/
No comments:
Post a Comment