Sunday, 12 January 2014

Kereta Lamborghini terbakar Jalan Beringin KL (5 gambar)

Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta Lamborghini miliknya berasap sebelum terbakar di Jalan Beringin, Bukit Damansara di sini pagi tadi.

Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan sebaik menyedari keretanya berasap di bahagian belakang.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Shahrul Azizi berkata pihaknya menerima panggilan daripada mangsa kira-kira 11.50 pagi mengenai kejadian itu dan tiba tujuh minit kemudian.

Beliau berkata sebuah jentera beserta tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 50 peratus daripada kereta itu sedang terbakar.

Anggota bomba mengambil masa hanya beberapa minit untuk memadam api.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian hampir RM1.2 juta. (bebbb, manyak tuuu!!)

Pihak bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal ekoran
kenderaan tersebut jenis berkuasa tinggi.


P/S: asyik kete mewah je terbakar...kereta kancil xde plak aku dengar terbakar...

*Jangan lupa follow instagram saya (dakwatpudarblog) :V :)

klik link-----> http://instagram.com/dakwatpudarblog

No comments:

Post a Comment