Saturday, 25 January 2014

Reezal Merican Dilantik Pengerusi Amanah Raya??


Reezal Merican Dilantik Pengerusi Amanah Raya


KUALA LUMPUR – Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) hari ini mengumumkan perlantikan DatuK Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Pelantikan Reezal Merican, 42, bagi menggantikan Datuk Dusuki Ahmad yang bersara pada 29 Disember lalu.
Perwakilan Lembaga Pengarah Amanah Raya, Datuk Johar Che Mat berkata, perlantikan Reezal Merican oleh Kementerian Kewangan berikutan pengalaman luas beliau dalam arena politik dan profesional.
“Ahli Lembaga Pengarah Amanah Raya amat yakin Reezal Merican merupakan calon yang sesuai bagi menerajui syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Johar berkata, Reezal Merican merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mempunyai pengalaman dalam industri perbankan dan juga pelaburan.
Beliau pernah bertugas dalam pelbagai institusi kewangan antaranya Bank Industri Malaysia Berhad dan Kuwait Ijarah House dengan tanggungjawab mengendalikan kemudahan pembiayaan kewangan bagi kedua-dua bank berkenaan yang berpengkalan di Jeddah dan Kuwait.
Manakala, dalam bidang politik, Reezal Merican berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 2013.
Justeru, beliau dijangkakan dapat memacu dan memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi dan misi Amanah Raya bagi menjadi institusi peramanahan dan pengurusan perwarisan yang unggul. – mynewshub.my

P/S :Aku berbangga "bangsa MELAYU" terus terajui amanah raya :)



*Jangan lupa follow instagram saya yerr  :)

klik link-----> http://instagram.com/famyzainal



No comments:

Post a Comment